Jangan lupa KLIK BANNER HEART BEAT ni !

Tuesday, 5 January 2010

Happy New Year Giveaway@Mummy_Ayu.blogspot


Dateline : 8.1.2010

Giveaway ni daripada Mummy Ayu...
Sape2 nak join Giveaway ni... KLIK SINI .

My Sweetest Memory On 2009
****
***
**
*
Feb'2009

Merupakan kenangan yang harus diingati.... Saya mendapat tawaran kerja di Geliga Slipway Sdn Bhd... Alhamdulillah... Semasa interview di GSSB ni, sy masih dalam tempoh berpantangkn Asya.. Tp, sememangnya sudah tsurat rezeki sy disini.. Tidak lama slps itu, sy mdapat pgilan telefon y mgatakan sy ditawarkn bkerja disini.. Syukur...syukur...

Mac'2009

~Sambutan hari Jadi saya Yang ke-24~
Tarikh yang harus diingati setiap tahun.... Alhamdulillah,, myambut hari lahir yang ke24 thn adalah satu kenangan y ckp indah.. Ini krn... sy masih mampu btahan hingga k saat ni.. Hadiah y ckp istimewa sempena harijadi y k-24 ialah..Kereta Myvi.. Merupakan hadiah dari diri sendiri n suami tercinta...


August'2009

~My Love Anniversary (7 Years)~
Tarikh keramat antara saya n Fain.. Harus diingati selalu.... Pada tarikh ini,7 tahun yang lalu... Fain telah melafazkan kata cintanya pd sy.. Syukur krn percintaan ini berakhir dgn kebahagiaan.. Smoga bahagia itu mjadi milik kita buat selamanya...

Oct'2009

~My Wedding Anniversary (3years)~
Merupakan tarikh keramat & bersejarah dlm hidup saya.. Pada 26.10.2006,, sy sah bergelar isteri kepada Mohd Fain Bin Ariffin.. Jadi ini adalah kenangan yang paling manis sekali utk dikenang setiap tahun.. Alhamdulillah, kini usia pkahwinan sudah mjangkau 3 tahun..


~ Sambutan Hari Jdi fain Yang Ke-25~
31.10.2009 merupakan tarikh lahir suamiku yang tcinta.. Pada tahun ini, Fain telah myambut ulang tahun kelahiran yang ke 25...

DAN CERITA YANG PALING MANIS UTK TAHUN 2009 IALAH:-

Nov'2009


~Sambutan Hari Jadi Asya Yang Pertama~
Merupakan kenangan yang paling manis sekali buat sy dan suami.. Ini kerana pada 3 Nov setahun yang lalu, sy telah selamat melahirkan seorg bayi perempuan bernama Nur Fasya Afrina.. Jadi, kali ini merupakan kenangan y ckp indah skali kerana sy telah slamat membesarkan asya dgn baik sekali..Sy berjaya mengatasi segala cabaran n dugaan semasa mgandungkn asya... Kehadirannya penuh keajaiban drp Allah SWT.. Ini krn semasa sy mgandungkn asya dulu, sy tlh pun koma dan peluang utk sy n asya hidup hanya 50/50.. Dan, utk selamatkn keadaan, doc tlh mbuat keputusan utk mgugurkan asya ketika usia kndungan 6bln.. Surat pguguran sdh pun dtandatangani..Namun, keajaiban dr Allah muncul, dimana hnya krn penangguhan sy utk mgugurkan asya keesokkan harinya tlh membawanya ke muka dunia.. Walaupun asya lahir x ckp bulan, namun asya sihat segalanya.. Ckp sempurna skali buat sy,, jauh dr semua jangkaan doktor.. Kini, mimpi ngeri itu sdah berlalu.. Sy n asya sudah selamat.. Jadi oleh krn itu, peristiwa myambut hari lahir asya y pertama adalah kenangan yang paling manis skali dlm tahun 2009... Ini krn, ianya membuktikan sy n asya berjaya menempuhi smua cabaran.. Ini juga membuktikan ketabahan asya utk trus bertahan di muka bumi ini... Semoga hidup asya y bkal asya lalui tidak lagi berliku sprti sblum ini.. Mama syg asya.. Terima kasih di atas ketabahan asya & terima kasih y t'amat krn mengejutkan mama dr koma krn tendangan asya didlm perut mama...

AZAM TAHUN 2010:-
Sempena tahun baru ini, besarlah harapan sy utk merubah sgalanya ke arah yang lebih positif.. Dimana, sy akn memberikan kasih syg y sepenuh hati utk Fain & Asya... Ingin memantapkan lagi karier skaligus meningkatkan lagi ekonomi keluarga dan apa yang penting... Saya ingin mula tanam dlm diri utk lebih PEKA terhadap diri sendiri... Lebih mjaga kesihatan demi asya n fain.. Dan y paling penting, sy harap tahun ini kesihatan sy akan ke arah y lebih positif.. Sekurang-kurangnya, thn ini xdelah smpai masuk ICU... Sy target tahun ni sy akan sihat...dan..terus sihat...

~ Mudah-mudahan 2010 memberi sinar hidup yang lebih  cemerlang buat KAMi & Kawan2 semua~

1 comment:

mummy_ayu said...

salam..dah terjah..semua ok good luck yer!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails