Jangan lupa KLIK BANNER HEART BEAT ni !

Thursday, 6 May 2010

Kontes Ibu Kaulah Sumber Inspirasiku

Dateline : 8.5.2010


Peganjur :

Syarat-syarat :

****

**

*

Ibu Kaulah Sumber Inspirasiku kerana mama adalah kekuatan untuk saya terus hidup hingga ke hari ini. Tanpa mama tak mungkin saya dapat menikmati kehidupan seperti hari ini. Dilahirkan sebagai anak bongsu, membuatkan saya lebih dekat & rapat dengan mama. Apa-apa keputusan semuanya merujuk pada mama. Setiap kali saya sedih, mama pembakar semangat. Saya berkongsi segala macam hal bersama mama. Ada waktu, ketika saya menangis menceritakan masalah saya, mama turut menangis bersama. Mama sentiasa ada di belakang menyokong saya. Walaupun kini, saya sudah berkahwin, tapi mama tetap rujukan saya. Setiap kali saya sakit, semangnya saya perlukan mama. Alhamdulillah, suami memahami situasi saya.

Ingin ceritakan pengorbanan mama dalam mendidik saya , kakak & abang2 sehingga masing-masing berjaya hingga ke tahap yang membanggakan.. Mama bergelar ibu tunggal pada usia yang cukup muda. Sepeninggalan arwah ayah mama menjalankan tangungjawabnya dengan begitu tabah sekali. Mama berjaya mendidik kami adik-beradik. Buktinya kesemua 8 orang adik-beradik saya melanjutkan pelajaran di universiti dan 2 orang daripadanya melanjutkan pelajaran di luar negara.. Selain itu kesemua kakak & abang saya merupakan pelajar terbaik di Terengganu pada tahun itu. Kini mama mampu tersenyum, kerana anaknya berjaya. Tapi disebalik semua ini mama diuji dengan dugaan yang amat kuat, apabila saya sakit bermula tahun 2000 dimana ketika itu saya perlu melakukan pembedahan mbuang ketumbuhan di otak..

Dan tahun demi tahun ada saja perkara yang menimpa ke atas saya. Namun mama begitu tabah.. Sehingga satu saat, pada tahun 2003 saya lumpuh sepenuh badan. Dan mamalah orang yang paling banyak bersabar dengan segala kerenah saya yang amat teruk ketika itu.. Semuanya gara2 emosi saya yang benar2 tertekan krn tidak dapat menerima keadaan diri saya waktu itu.. Saya lumpuh.. Saya terpaksa lupakan dunia architecrer. Dan atas kesabaran mama dalam merawat saya & berkat doanya, akhirnya saya mampu tersenyum kembali setelah berduka. Akhirnya saya mampu untuk memulakan kehidupan saya yang hampir hancur itu. Semuanya kerana usaha mama. Akhirnya, atas keinginan saya, mama sekali lagi menghantar saya belajar dalam bidang marine dan akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian saya itu. Dan mama lah sumber inspirasi yang membawa kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan ini..


--> alamak zai...dah terlebih 100 patah perkataan ni.. Semua ni luahan dari hati.. sampai terlebih daripada syarat tu.

1 comment:

Zaidah said...

tima kasih lya....good luck...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails