Jangan lupa KLIK BANNER HEART BEAT ni !

Thursday, 6 May 2010

THE FIRST CRY


Dateline : 7.5.2010
Sempena hari Ibu, MBP menganjurkan
Mother’s Day Giveaway by Alice Wonders--> klik utk join

Peganjur :
MOM BLOGGERS PLANET --->

Sponsored by :
Alice Wonders --->


First baby birth experience :


Menceritakan pengalaman pertama melahirkan anak.. Act ini merupakan pengalaman yang pertama & terakhir buat saya. Semua peristiwa yang berlaku dalam kehidupan saya sepanjang membawa asya ke muka bumi ini akan terus terpahat disanubari.


Saya mempunyai masalah kesihatan yang cukup kronik & sejak dari awal lagi memang saya tau saya x boleh mengandung...Kerana ianya akan membahayakan nyawa saya & anak yang bakal saya kandungkan itu.. Namun sampai bila saya harus bertahan?? Masuk tahun ke-2 perkahwinan, saya dengan senyap2 telah bhenti mengambil perancang keluarga dgn tujuan untuk hamil.. Sememangnya... Sudah rezeki, xlama lps tu saya disahkan mgandung..& org yang paling tkejut adalah suami saya, keluarga & doktor y merawat saya.. Akhirnya.. rahsia saya terbongkar.. Saya mengaku saya berhenti mgambil perancang hanya krn ingin hamil.. Saat itu juga suami saya menangis di ats tindakan saya.. Tapi sy tau di dalam hatinya sungguh bahagia krn dia akn bergelar bapa.. Sejak itu sy mula dipantau dgn teliti oleh doktor yang merawat saya.. Saat-saat saya disahkan megandung, pelbagai perasaan y muncul.. Antara gembira, takut & segala macam perasaan yang ada.. Memikirkan faktor kesihatan diri saya ini, membuatkan saya menjadi serba salah n resah.

Hingga.. hari demi hari.. Kondisi saya makin teruk.. Dan akhirnya saya koma... Begitu lama skali.. Sebelum sy pejam mata... Perut sy masih kempis & disaat saya dpt mcelikkan semula mata sy.. perut sy sudah membesar.. Ntah berapa lama.. Saya tak tau.. Semasa koma sy bergantung 100 % pada mesin intubator utk bernafas.. Saya hidup hanya krn bantuan mesin pernafasan tu..

Dan di saat itu juga.. saya hampir kehilangan Asya.. Kerana pada ketika itu.. keputusan utk mengugurkan Asya ketika usia kandungan 6 bulan terpaksa diambil demi menyelamtkan nyawa saya yang sangat2 kritikal pada ketika itu.. Namun kuasa Allah tiada siapa dapat melawan.. Kerana.. diasaat-saat penguguran ingin dijalankan Asya telah memberi tendangan yang kuat hingga mengejutkan saya dari lena yang panjang itu..

Walaupun begitu, penguguran tetap akan dijalankan, demi menyelamatkan nyawa saya.. Namun, kasih sayang seorang ibu..Tiada siapa dapat menandinginya. Dan dengan 1000 kekuatan yang ada, saya pertahankan utk meneruskannya. Saya ingin anak saya lahir di dunia.. Saya tidak pedulikan nasib saya. Biarlah apa terjadi, saya tidak rela anak dikorbankan demi menyelamatkan nyawa saya. Dan sepanjang saya pregnantkan asya dulu, saya juga lumpuh kaki kanan. Hanya tuhan yang mengetahui betapa sukarnya melalui saat2 itu.

3.11.2008

Dan kerana tendangan asya sewaktu saya koma  itu juga telah membawanya ke dunia ini dalam keadaan x cukup bulan.. Sewaktu melahirkan asya, saya dipantau oleh doktor pakar dan dibadan saya dipenuhi wayar2 & jarum drip untuk memasukkan ubat jantung. Memang saya mengalami kesukaran yang amat ketika itu, dengan menahan kesakitan yang amat ditambah dengan kontraksi drp asya. Namun semuanya selamat,inilah permata yang saya tunggu selama ini. Sebaik sahaja asya keluar daripada perut, asya senyap.. seakan tido.. Selepas beberapa kali ditepuk, akhirnya baru kedengaran tangisan asya. Sebaik sahaja melihat wajah & mendengar suara yang ditunggu-tunggu selama ini, semua penderitaan & kesakitan yang saya alami dulu seakan hilang. Tiada apa yang dapat digambarkan. Terlalu bersyukur atas kurniaan Allah swt kerana memberi peluang utk saya & asya bernafas dimuka bumi ini. Ketika bersalinkan asya, saya ditemani suami 7 ramai nurse dari icu dan doktor didalam labour room.. Mungkin asya sangat2 bernasib baik.. Sebab doktor sememangnya tidak jangkakan saya & asya dapat bertahan. Dan asya juga disyaki cacat akibat kesan ubatan sepanjang koma dulu, namun sekali lagi kuasa Allah mengatasi segalanya. Asya dilahirkan dengan cukup sempurna lari daripa semua jangkaannya..

Inilah permata hati saya, Nur Fasya Afrina kini berusia setahun setengah.. Walaupun asya mengalami kesengsaraan yang teruk sepanjang saya koma.. Namun, saya tahu asya sgt2 kuat berjuang utk melihat mama & papanya. Pengorbanan saya tidak sia-sia dengan kehadirannya.. Hanya seorang ibu yang memahami perasaan itu... Syukur ke[ada mu Ya Allah kerana memberi kesempatan untuk menikmati kemanisan bergelar seorng ibu.



7 comments:

anin said...

tahniah..menang contest..

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

tahniah lya..menang mothers day giveaway kat MBP..mmg touching cita lya..huhu

be strong..:-)

mama zharfan said...

congrats yer u menang GP...memang sgt touching story ni...menitik air mata me baca cite ni..

Hanani Mansor said...

congratzzz

btol I agree dgn Mama Zharfan, really touching baca cerita u

aiDieNa said...

Pengorbanan Lya mmg sangat menyentuh rasa semua insan bergelar ibu di dunia ini..

maslinamansor said...

Salam,
taniah... So touching. You deserved to win

kella said...

dah baca ni lya..
:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails