Jangan lupa KLIK BANNER HEART BEAT ni !

Thursday, 17 June 2010

' Hadiah Ulangtahun Perkahwinan '


Dateline : 19.6.2010

Peganjur :

Jom Join :


Detik mula berkenalan :-
Sebenarnya, kita org pernah btembung masa zaman2 skolah dulu.. Tapi x pernah ambik port.. And, FAIN ni merupakan mangsa usikan saya n the geng.. And fullstop.. Sampaila tahun 2002, masa tu saya sakit, lumpuh... Takdir yang menemukan sy &Fain semula... Pada malam konsert AF1, Fain hanya menemani kawan dia H, y merupakan kawan sekolah saya (@#%$#%$$%) menziarahi saya kat rumah, dimana time tu saya berkerusi roda, baru boleh jalan2 sikit2 hasil drp rawatan fisioterapi..
 
 
Detik dilamar :-
Detik pertama saya dilamar menjadi kekasihnya beberapa hari selepas dia dtg melawat tu... Sungguh2 tkejut... Saya bukannya kenal dia pon.. Itupun dia dpt no hp saya slps dia ambik no tu dr hp H tu.. Tapi saya mmg x layan time tu.. Sbb saya milik org lain.. Sampaila beberapa peristiwa berlaku.. Dia hadir dan cuba memujuk hati saya.. 

Dan akhirnya pada 16.8.2003 hati saya jadi milik Fain. Dan tak lama lepas tu sekali lagi Fain membuat kejutan, dimana Ma Fain datang merisik saya.. Betul2x terkejut.. Baru jer terima dia, dah ajak kawin.. Tapi saya x terima, sbb terlalu muda time tu.. Baru 18 tahun.. Percintaan berjalan lancar & ada juga ujian2 besar y terpaksa kami lalui. Hubungan antara saya dan Fain dulu hampir2 terputus TAPI dengan ada CINTA antara kami berdua hubungan itu tetap bertahan. Fain terlalu setia, walaupun saat saya sakit, lumpuh tapi dia tidak pernah meninggalkan saya.


Dan akhirnya, setelah 3x akhirnya Fain berjaya menyakinkan mama n family saya... Melihat seseungguhan fain tu, akhirnya saya terima lamarannya.. Detik 16.3.2006 (http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2010/03/kisah-hidup-kita-my-engagement-day.html <----SILA KLIK) saya menjadi tunangan kepada Fain.. Time tu saya student, dan dah rancang lps saya tamat belajar baru nak kawin..Sepanjang pertunangan ini pun, macam2 halangan yang datang. Tapi cinta yang ikhlas antara saya & fain membuatkan HUBUNGAN KAMI TERUS BERTAHAN.


Tapi semua tu hanya perancangan , xlama lps tu saya sakit lagi.. Dan secara xlangsung Fain minta izin dengan mama n abang2 saya utk mgahwini saya.. Katanya senang dia nak jaga saya, time2 saya sakit.. Tapi, msa tu hati saya mcm dah jauh... saya nak dia tinggalkan saya sebab saya takut saya akn myusahkan dia.. Tapi Fain berjaya myakinkan hati saya, detik 26.10.2006 saya sah bergelar isteri kepada Fain.. Ketika itu pun saya baru b'umur 21tahun & still bgelar pelajar.. Alhamdulillah.. walaupun berkahwin ketika itu, saya tetap cemerlang dalam akademik. Dan sememannya terlalu banyak pengorbanannya sebagai seorang suami. Sebab saya selalu sakit terutamanya ketika megandungkan anak saya, asya..dimana ketika itu saya koma & lumpuh. Disitu saya nampak keikhlasan & pengorbanan yang cukup besar untuk diri saya. BOLEH BACA SINI--> http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2010/05/perjalanan-mommy-to-be-selamat-hari-ibu.html

Akhirnya.. percintaan kami berakhir dengan kebahagiaan yang tidak terhingga dengan kehadiran SATU-SATUNYA anak kesayangan kami berdua iaitu Nur Fasya Afrina pada 3.11.2008. Bermula saat kelahiran itu hubungan kami bertambah erat, kami selalu menikmati hari2 yang indah bersama kerana setiap detik kami bersama adalah kualiti y begitu beharga sekali.

Kisah CINTA kami :
&


Jom ke link personal : http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails