Jangan lupa KLIK BANNER HEART BEAT ni !

Thursday, 10 June 2010

KONTEST KENANGAN TERINDAH

Dateline : 11.6.2010

Peganjur :


 
Jom Join :
*
*
*
*
asya 5 bulan dalam perut mama

KENANGAN TERINDAH dalam keseluruhan kehidupan ini adalah saat2 mengandungkan kan Asya walaupun hari2 yang saya tempuhi sepanjang mengandungkan Asya tidak seindah ibu-ibu lain, ini kerana saya mengalami masalah kesihatan yang cukup kronik sekali.Asya adalah anugerah yang terindah.. Kerana kelahirannya ke dunia adalah krn k'ajaiban drp Allah SWT.. Saat pertama kali melihatnya kedunia.. Hati terasa begitu sayu, terlalu gembira n terlalu bersyukur krn diberikan kesempatan utk melahirkannya.. Asya adalah ank y begitu tabah... Tabah krn berjaya mengharungi sgala cabaran slama berada didalam perut mamanya.. Tabah kerana mampu bertahan sehingga lahir ke dunia..

ketika mengandungkan asya 6 bulan

Kewujudan asya didalam perut mamanya mungkin tidak seindah bayi-bayi lain.. Ini krn..kehidupannya ketika itu penuh dgn dugaan & cabaran.. Penuh dgn kesakitan akibat ubat-ubatan mamanya ketika koma.. Asya hampir kehilangannya nyawanya disaat mamanya berada dlm keadaan koma. Asya juga hampir digugurkan pada usia 5 @ 6 bln di dlm kandungan mamanya..krn keadaan mamanya yang sgt2 kritikal ketika itu.. Surat utk mgugurkannya sudah pun ditandatangani..TAPI.. hanya krn mamanya membuat penangguhan utk mgugurkannya pd keesokkan harinya.. Akhirnya.. Asya selamat utk melihat dunia, krn kekerasan hati mamanya utk mempertahankannya.

kali pertama bertemu asya selepas asya dilahirkan saya & asya ditempatkan di wad berlainan

Asya juga telah mengejutkan mamanya dr koma krn tendangannya..Itu tanda betapa asya sygkan mamanya.. Betapa asya ingin bertemu mama n papanya.. Akhirnya, asya slamat dilahirkan pd usia kandungan memasuki 8bln dgn berat 2.25kg.. Sungguh ajaibkan.. Asya begitu sihat.. Lari dr semua jangkaan doktor yang menyatakan asya mungkin x sempurna.. Asya juga x perlu d'intubate walaupun x ckp bln.. Alhamdulillah.. Lbh indah lg..detik2 melahirkan asya disaksikan oleh doktor2 pakar y merawat mama n nurse2 ICU y menjaga mama n asya masa mama koma dulu.


Menceritakan detik-detik melahirkan Asya, ianya tidak semudah yang lain.. Dimana keseluruhan badan saya di penuhi wayar.. Selain itu saya juga dimasukkan ubat jantung kerana takut serangan jantung mengejut ketika melahirkan Asya.. Dan satu perkara yang tidak dijangka, saya melahirkan asya secara normal walhal saya patutnya di operate.. Ini kerana air ketuban yang pecah terlalu awal dan tidak sempat membuat preparation utk operate.. Alhamdulillah, walaupun berada dlm keadaan kritikal saat2 itu, saya mampu melahirkan asya ke dunia dengan selamat sekali tanpa sebarang komplikasi.. Cuma selepas dilahirkan saya tak berpeluang berjumpa asya krn asya ditempatkan di unit jagaan khas dan saya pula di ICU.. Hanya gambar pengubat rindu..

pic terbaru.. diambil pada cuti Agong baru2 ni...

Kini... saya mampu tersenyum kerana dikurniakan nikmat anugerah yang cukup-cukup INDAH. Menghilangkan segala kesakitan yang dialami & memberikan seribu kekuatan. Asya membesar dengan sihat sekali. Walaupun saat mengandungkan dan melahirkan asya itu penuh dgn dugaan dan cabaran... namun detik2 itu adalah meninggalkan KENANGAN TERINDAH dlm hidup mamanya.. Kenangan yang membuatkan kami semua menghargai setiap detik yang ada dalam kehidupan ini. Dan harapan mama pd asya... mama berharap asya membesar menjadi seorg y lbh tabah... Tabah utk mghadapi sgalanya.. Tabah sbgaimana asya berada didalam perut mama.. Dan betapa tingginya harapan mama utk melihat asya berjaya didunia & akhirat.
 
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN
&
HAPPY BIRTHDAY UNTUK ISMA

HAPPY-HAPPY SOKMO YERR!!
 

1 comment:

Asma said...

ok..da terjah..thnks ye..tunggu result k...

=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails