Jangan lupa KLIK BANNER HEART BEAT ni !

Thursday, 10 June 2010

KONTEST KENANGAN TERINDAH

Dateline : 11.6.2010

Peganjur :
Jom Join :
*
*
*
*


Kenangan terindah... setelah bertahun-tahun berusaha akhirnya saya berjaya menggengam kejayaan ini. Memori yang cukup indah untuk dikenang. Ini kerana, dalam usaha untuk ke tahap ini, saya diuji dengan pelbagai ujian. Permulaannya, selepas tamat SPM pada tahun 2002, sementara menunggu result saya mengambil kursus komputer di PTPL Shah Alam. Tapi, langkah saya terhenti disitu apabila saya jatuh sakit sehingga lumpuh. Pelbagai usaha dilakukan.. akhirnya saya mampu mencapai semula cita-cita & saya menyambung pelajaran dalam course Arkitek..

Saat itu, saya belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita. Namun sekali lagi saya diuji. Dimana pada saat ni kesihatan saya bertambah parah. Akhirnya impian saya musnah sekelip mata. Saya terpaksa lupakan dunia yang saya minati. Terpaksa menghabiskn sisa-sisa di hospital dalam keadaan tiada keupayaan (lumpuh). Namun keajaiban datang lagi... apabila saya dengan sekerasnya tetap ingin mencapai segenggam ijazah. Akhirnya mama saya akur dengan kehendak saya. Dalam keadaan y begitu susah sekali, sy cuba berdikari dengan sokongan kawan2, pensyarah, keluarga & kekasih hati yang tidak pernah sekali berpaling tadah walaupun saya x sempurna saat itu. Usaha saya tidak sia-sia... kerana saya akhirnya berjaya menamatkan pelajaran saya dengan result y cukup cemerlang dalam course Maritime.


Bersama mama yang sentiasa memberi sokongan tanpa jemu.

Bersama Fain, yang ketika ini sudah menjadi suami saya. Saya berkahwin ketika sem 5.

FLIZZ STAR... mereka yang banyak menyokong saya untuk berdiri teguh dalam mencapai ilmu.


SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN

&

HAPPY BIRTHDAY UNTUK ISMA

HAPPY-HAPPY SOKMO YERR!!


jom ke link personal : http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails