Jangan lupa KLIK BANNER HEART BEAT ni !

Monday, 22 November 2010

PREGNANCY MOMENT CONTEST -> 22/11/09

Dateline : 22.11.2010


Peganjur :

Pengalaman sewaktu mengandungkan satu2nya zuriat buat saya & suami adalah satu detik yang penuh dengan cabaran & ujian daripa Allah swt. Namun, hanya ketabahan ang dapat membawanya ke dunia ini. Saya x mempunya banyak pic sepanjang mengandung melainkan pic terbaring koma & di wad. Kerana kebanyakan masa sepanjang hamil, saya terlantar di hospital.

Awal kehamilan :
Pada awalnya, saya & suami sememangnya sudah merancang untuk hidup berdua hingga ke akhir hayat. Kerana masalah kesihatan y kronik membuatkan doktor x mengalakkan saya mengandung demi keselamatan saya & bayi yang bakal dikandungi. Namun masuk tahun ke 2 perkahwinan, saya xtau dari mana datang kekuatan itu. Secara senyap & tanpa pengetahuan suami saya berhenti mengambil perancang, dengan harapan saya akan mengandung. Dan andai itu sudah rezeki, ia tetap menjadi milik saya. Akhirnya, saya disahkan mengandung & ketika itu suami & doktor y merawat adalah orang yang paling terkejut mendengar berita itu. Dan, ketika itu tiada apa y dapat dilakukan melainkan suami menitiskan air mata. Mungkin juga terlalu gembira & dalam masa y sama terkejut dengan tindakan saya yang mungkin akan membahayakan nyawa saya & anak. Dan bermula dari episod itu, hospital bagaikan rumah tetap kerana saya sentiasa dipantau rapi demi keselamatan diri & bayi.

Sepanjang Kehamilan :

koma ketika mengandungkan asya

Sehingga tiba satu saat, keadaan saya makin hari makin lemah & x mampu lagi bertahan. Hingga akhirnya saya koma & x sedarkan diri dalam tempoh masa yang lama. Bersama saya ketika itu, adalah anak y saya kandungkan itu. Hanya tuhan yang mengetahui macamana si kecil itu bertarung nyawa di dalam perut mamanya. Hanya tuhan yang mengetahui kesakitan y kami berdua alami itu. Sampai ke satu saat, keadaan saya cukup kritikal & memaksa doktor untuk membuat keputusan demi menyelamatkan nyawa saya yang kritikal. Akhirnya, suami saya menurunkan tandatangan sbg tanda setuju untuk mengugurkan kandungan y ketika itu berusia 5-6 bulan demi menyelamatkan nyawa saya. Ya Allah... betapa besarnya kuasa mu, disaat proses penguguran ingin dijalankan, KEAJAIBAN itu muncul... tiba2 saya merasai satu tendangan yang kuat... Cukup kuat.. Dan tendangan itu mengembalikan semula saya ke dunia nyata, yang membuatkan saya dapat melihat semula dunia ini & juga menyelamatkan baby ini drp digugurkan. Namun, keadaan saya masih kritikal & proses pemgugururan tetap ingin diteruskan demi menyelamatkan nyawa saya. Namun, disebalik kelemahan, saya cuba bangkit & mempertahankan bayi itu. Walaupun ketika itu doktor memberi kata putus, jika saya meneruskan kandungan ini, hanya ada 4 kemungkinan yang akan berlaku :-

1. Bayi Mati
2. Saya Mati
3. Kedua-duanya akan Mati
4. Jika Anak hidup, peratusan untuk anak cacat adalah kekal kerana side effect daripada ubatan

bersuami suami tersayang

Dan... saya nekad untuk meneruskan kehamilan ini. Walaupun saya sudah sedar dari koma, tetapi kehidupan y dilalui terlalu sukar.. Saya x mampu berjalan lagi.. Kaki kanan lumpuh & kedua-dua belah tangan & kaki selalu membengkak & sembab kemerahan serta menyakitkan. Dalam kepayahan itu, kandungan itu diteruskan & diharungi bersama suami tercinta.

Detik kelahiran :
Pic ni saat pertama kali saya bertemu asya


Setelah sekian lama kami berdua berjuang. Akhirnya, pada 3.11.2008, saya selamat melahirkan satu2nya bayi yang bagi saya cukup kuat & tabah berjuang demi menemui mama & papanya di dunia ini. Walaupun lahir dalam keadaan x cukup bulan, tapi asya kuat utk hidup. Dan apa yang ajaibnya, saya dapat melahirkannya secara normal padahal sejak awal lg doktor menyatakan saya x dpt lahirkan secara normal, walaupun seluruh badan saya berselirat dengan wayar2 ubat bg mengelak serangan jantung mengejut. Setelah selamat dilahirkan, saya hanya sempat melihat anak saya sekejap saja sebelum asya ditempatkan di wad khas untuk penjagaan rapi. Apa yang membuatkan saya terkilan, saya x dapat menyusukan asya kerana ubat yang saya makan akan memudaratkan asya. Cerita lanjut kisah perjalanan asya menuju ke dunia boleh klik sini ( http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2009/09/always-in-my-memory.html ) .

Setelah detik itu berlalu

pic terlatest

Dan kini, bayi yang hampir digugurkan kerana ingin menyelamatkan nyawa mamanya makin membesar & menjadi seorg kanak2 y sgt ceria & cergas walaupun sering jatuh sakit. Syukur alhamdulilah, bayi yang dinamakan Nur Fasya Afrina y bermakna Cahaya Hatiku Putih kemeraha , dapat mengecapi kehidupan di dunia ini setelah bertarung nyawa ketika berada di dalam kandungan mamanya. Mama percaya, asya sgt kuat... sebab tu asya mampu bertahan hingga kini.

meraikan ulangtahun kelahiran asya yang ke-2 pada 3.11.2010


" KAMI BERDUA SAMA-SAMA MERASAI PENDERITAAN ITU, SAMA MERASAI KESAKITAN ITU... DAN KINI KAMI BERDUA  SAMA MENIKMATI PELUANG UNTUK MENGECAPI KENIKMATAN HIDUP INI BERSAMA DISAMPING KEKUATAN UTAMA KAMI BERDUA IAITU SEORANG LELAKI YANG TERLALU BANYAK BEKORBAN UNTUK KAMI BERDUA "

Tag :
Ain
Mamaliyna
EB 

Jom Join :

3 comments:

puan nina said...

syukur alhamdulillah selamat ibu dan anak..tahniah ek akak menang 2nd place =)

fairuszaa said...

terharu membaca kisah ne.. (T_T) betapa besarnya Kebesaran dan Keagungan ALLAH..

fairuszaa said...

terharu membaca kisah ne.. (T_T) betapa besarnya Kebesaran dan Keagungan ALLAH..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails