Jangan lupa KLIK BANNER HEART BEAT ni !

Thursday, 23 December 2010

CONTEST : I LOVE MY SELF !

Dateline:31.12.2010

Peganjur:

Tag:
LekatLekit
Mamalieyna
Nureen

1. Percintaan Saya


Mohd Fain Bin Ariffin,satu anugerah tidak terhingga dalam kehidupan ini. Kehadirannya sebagai TEMAN disaat2 saya jatuh tersungkur. Dan sejak kehadirannya dalam kehidupan ini, walau sesaat, dia tidak pernah meninggalkan diri ini. Teman sejati inilah yang memberi semula sinar kehidupan suatu masa dulu, disaat diri ini tidak mampu berfungsi. Dia terus menerus memberi sokongan dalam kehidupan disaat saya mengalami kelumpuhan anggota badan, kehilangan fungsi untuk bercakap sehingga menggunakan tulisan untuk bkomunikasi sebelum tangan lumpuh, dan dia juga menjadi mata disaat hampir kehilangan penglihatan mata kanan. Dia terus disisi saya..... (KISAH 2003-2005)

Dan, berkat sokongan yang kuat, akhirnya tiada siapa sangka saya mampu menjalani kehidupan normal semula. Walaupun kaki x sekuat dulu... Namun, walaupun saya mampu memperolehi semula kehidupan normal, tetapi kerana penyakit lain yang saya alami membuatkan saya selalu jatuh sakit .. sakit.. dan sakittt.. Dia masih terus disisi saya, walaupun berjuta kali saya menyuruhnya pergi dari kehidupan saya. Semenjak lumpuh dulu, saya terpaksa berhenti study...Dan apabila pulih, dia terus memberi semangat untuk saya menyambung cita-cita saya walaupun bukan lagi dalam bidang yang saya minati itu(architecthrer)... Akhirnya, kerana faktor kesihatan, saya tidak boleh berada jauh dari kelarga & akhirnya saya menyambung pelajaran dalam course lain, berdekatan dengan family. Dan sekali lagi, tanpa pernah jemu selalu menemani saya disaat-saat saya menyiapkan asignment di perpustakaan, CC .. (KISAH 2005-2006)

Namun, kesihatan saya masih merosot...Akhirnya saya mendapat kejutan, yang membawa saya ke dunia baru. Kesungguhannya memujuk ahli keluarga saya pada saat itu, benar2 menyentuh hati saya. Rupanya masih ada teman sejati yang benar2 ikhlas dan menerima diri ini seadanya di dunia ini. Akhirnya... 26.10.2006 menjadi detik bersejarah dalam kehidupan ini. Dia menjadi teman saya hingga ke akhir hayat.Teman yang memberi jalan syurga buat saya. Kerana dibawah telapak kakinya terletak syurga buat saya. Dan, kehadirannya benar2 tepat... kerana saat2 saya jatuh sakit ada s.eseorang yang dapat menjaga saya sepenuhnya. Dan berkat doa teman ini, saya memperolehi pencapaian cemerlang dalam pelajaran saya. (KISAH 2006-2007)

2008....Tahun yang benar2 menguji. Dimana, pada tahun ini sekali lagi saya koma. Dan bersama saya ketika itu ialah, anak didalam kandungan. Berapa lama saya koma xpasti, yang pasti disaat saya sedar, perut sudah membesar . Dan, ketabahannya menjaga segala kebajikan saya benar2 membuatkan diri ini rasa terharu. Pada saat ini, sekali lagi kaki kanan saya lumpuh. Ketika ini peluang saya untuk hidup hanyalah 50/50.. Dan ketika ini juga, anak didalam kandungan saya yang ketika ini berusia 5-6 bulan terpaksa digugurkan demi menyelamatkan nyawa saya y kritikal saat itu. Namun keajaiban... kerana tendangannya, menyebabkan saya sedar dari lena yang panjang... (KISAHNYA-->KLIK SINI)

2009.... Dia masih setia disisi.... Saya masih lagi sakit .. sakit & sakit. Tapi, dia x pernah jemu @ bosan menjaga saya. Dia masih setia disisi ini, walaupun terlalu banyak kekurangan dalam diri ni.

2010.... Kami terus hidup bahagia bersama CAHAYA HATI kami... Bulan 7 baru ni sekali lagi saya x sedar dan dimasukkan didalam ICU... Sekarang saya masih dalam proses pemulihan dan dia masih setia disisi... Memberi harapan , semangat, kasih sayang dan semuanya. Inilah kisah TEMAN SEJATI saya, Sejak kali pertama berjumpa, hingga sekarang... hingga kesaat ini dia tidak pernah meninggalkan saya. Selalu ada disaat saya memerlukan. Dia la kawan tempat saya mencurahkan segala isihati tanpa sebarang rahsia , dialah kekasih untuk bercinta dan dialah suami tempat saya mendapatkan kasihsayang yang membawa ke syurga dan dialah PAPA yang terbaik buat Asya.

**16.8.10, cukup 7 tahun usia percintaan kami--->KLIK SINI

Jom Join:

1 comment:

Ainiaa♥ said...

greatt story. thanks yee :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails