Jangan lupa KLIK BANNER HEART BEAT ni !

Monday, 6 December 2010

CONTEST KESAYANGANKU

Dateline : 10.12.2010

Peganjur:

Kalau dari segi meterial, saya sangat2 sayangkan kamera pemberian suami saya. Dalam masa yang sama saya teramat sayangkan kereta Myvi Passo saya. Tapi saya juga terlalu menyayangi kucing-kucing saya . Namun disebalik semua itu, ada sesuatu yang lebih berharga & menjadi kesayangan ku hingga ke hujung nyawa iaitu Cinta Hati saya, iaitu suami tercinta & Buah Hati Cinta saya iaitu, satu-satu cahayamata yang mampu saya miliki setelah bertarung nyawa selama berbulan-bulan sewaktu mengandungkannya dulu.


Demi kesayanganku ini, saya rela korbankan diri untuk memiliki seorang cahaya mata ini & dalam masa yang sama, demi menyelamatkan cahayamata yang dikandung saya sendiri bertarung dengan perasaan diantara untuk menyelamatkan diri sendiri atau pun bayi yang dikandung. Namun, demi insan yang menjadi kesayanganku ini, saya nekad untuk mempertahankan bukti cinta kami berdua.



Alhamdulillah, kini sudah 2 tahun berlalu. Saya mampu tersenyum, melihat kebahagian 2 insan yang menjadi kesayanganku ini serta menjadi kekuatan diri tiap kali saya tersungkur. Inilah kurniaan terindah buat saya. sebuah cinta, hati, kasihsayang,keikhlasan serta pengorbanan.

Tag:
AIN

Jom Join:

1 comment:

K.I.N.A said...

tq sbb join ye..all da best kina ucapkan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails