Jangan lupa KLIK BANNER HEART BEAT ni !

Saturday, 26 February 2011

"Contest Story Sob..Sob..by Pieyaris"

DATELINE : 11.3.2011

PENGANJUR:

Saya tak tau nak mulakan dari mana. Sesungguhnya, perjalanan hidup y harus saya tempuhi & lalui penuh dgn ujian drp Allah SWT. Tapi saya percaya itulah kebesaran Nya & menunjukkan tanda kasihNya pada hambanya y lemah ini. Mungkin ini caranya utk saya meluahkan segala y terbuku di hati ini.

saya y paling hadapan

Permulaan hidup, penuh dengan warna-warni. Sehinggalah usia saya 14 tahun, saya kerap mengalami sakit kepala y teruk hingga pandangan seakan kabur & selalu pengsan serta muntah2. Kerana terlalu kerap pengsan, akhirnya saya menjalani ujian CT SCAN di kepala & ianya menunjukkan saya mengalami ketumbuhan namun masih diperingkat awal. Dan ketika itu juga doktor mengesan sesuatu y x normal pada jantung saya. Akhirnya, jantung saya disahkan mengalami masalah MITRAL VALVE PROPLAPSE( Injap Jantung Berlubang ). Ketika usia 15 tahun, saya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu serta merta. Dan x lama selepas itu saya menjalani kehidupan y normal & aktif seperti biasa.

Namun tiada siapa tahu apa y menanti di hadapan, ketika saya berumur 18 tahun saya kerap pengsan hingga akhirnya saya diserang demam panas y mengejut sehingga x sedarkan diri. Akibat daripada kejadian itu, sedikit demi sedikit tubuh saya semakin lemah  hingga akhirnya saya mengalami kelumpuhan pada seluruh badan. Hancur kehidupan saya saat itu, saya harus melupakan segala impian & cita-cita saya. Saya x dapat menerima kenyataan dengan apa y menimpa. Akhirnya, masalah saya semakin complicated apabila mata kanan saya mula hilang penglihatan secara perlahan & suara saya semakin hilang . Pelbagai ujian dilakukan oleh pakar neuro. Hingga akhirnya saya menjalani ujian LP ( pengambilan air tulang belakang). Dan air tulang belakang itu dihantar ke Australia. Resultnya, mengesahkan saya mengalami penyakit TRANSVERSE MYLETIS. Namun, berkat sokongan keluarga serta sahabat y sgt setia ( kini suami), akhirnya saya tidak menoleh ke belakang lagi.. Saya redha dgn segalanya dan mula mencari kekuatan dalam diri. Hasil fisioterafi y berterusan & pelbagai ujian serta ubatan, tiada siapa sangka akhirnya saya memperolehi semula kehidupan saya. Kata doc, hanya 1 dalam sejuta y mengidap penyakit itu ada harapan untuk sembuh. Syukur padamu Ya Allah atas keajaiban mu ini. 

26.10.2006

Sebaik saja sembuh, saya ingin terus maju ke hadapan. Membina kembali masa depan saya. Saya menyambung pelajaran dalam bidang Architecter. Namun, saya diuji lagi, apabila terus jatuh sakit hingga memaksa saya berhenti dari pengajian saya kerana jarak y jauh dari keluarga. Saya benar2 kecewa dgn apa y berlaku. Kehidupan saya dihabiskan di hospital, hingga saya pulih saya ingin membina kembali hidup saya. Tapi kali ni, saya menyamung pengajian di kampung halaman saja. Namun begitu, pengalaman itu terlalu pahit, kerana apabila saya sakit saya selalu ponteng kelas & adakala abang saya mengusung saya hingga ke kelas. Saya kerap jatuh sakit. Namun, sahabat saya terus setia disisi menanti hati saya terbuka menerimanya. Akhirnya, sahabat saya sekali lagi menyatakan hasratnya utk mengambil saya sbg isterinya agar dia boleh menjaga saya disaat saya sakit. Namun saya menolaknya, sbb saya tahu saya akan menyusahkannya jika dia mengahwini saya. Hingga akhirnya ketika berada di sem 5, pintu hati saya terbuka untuk menerimanya. Akhirnya kami selamat disatukan pada 26.10.2006 ketika saya berusia 21 tahun & sahabat saya berusia 22 tahun. Alhamdulillah, tuhan hadirkan dia dalam kehidupan saya utk menyempurnakan hari2 y saya lalui. Rupanya inilah salah satu hikmah y tuhan hadirkan dalam kehidupan saya, dimana saya mempunyai seorang sahabat, kekasih serta suami y begitu ikhlas, jujur & mencintai diri ini dengan seadanya. Dan dia sejak awal lagi sudah mengetahui saya x boleh mengandung akibat penyakit y saya hidapi. Kami berjanji untuk hidup berdua sepnjang hayat.

5@ 6 bulan dlm kandungan.. Saat2 ingin digugurkan

Namun sekali lagi tuhan hadirkan keajaiban dalam kehidupan saya. Setelah usis perkahwinan memasuki tahun ke-2, saya disahkan mengandung. Ianya mmg menggejutkan saya, suami, keluarga serta doc. Kerana saya mennggunakan kaedah perancang y paling selamat, namun tuhan tetap hadirkan 1 nyawa dalam rahim saya. Saya percaya ini adalah anugerah drp Allah swt. Sejak saya mengandung, saya habiskan masa di hospital kerana kondisi saya y x stabil. Namun, saya hanya mampu bertahan dalam sebulan sebelum saya x sedarkan diri & koma hingga berbulan-bulan bersama baby di dalam rahim. Cerita penuh : KLIK SINI

saat2 genting dalam kehidupan

" Kenangan sewaktu mengandungkan satu-satunya anak saya pada tahun 2008 adalah detik yang paling tak dapat diupakan dalam seumur hidup & meninggalkan memori yang cukup mendalam dalam kehidupan saya & keluarga. Gambar diatas adalah sewaktu saya di ICU kerana koma mengandungkan satu-satunya cahayahati saya iaitu Nur Fasya Afrina Binti Mohd Fain. Pada saat itu, saya & baby dalam kandungan berada dalam keadaan kritikal akibat penyakit kronik yang saya hidapi. Pada ketika itu sememangnya tiada lagi harapan untuk saya & baby dimana ketika itu saya hidup hanya kerana bantuan mesin hayat (intubation). Dan akhirnya demi menyelamatkan nyawa saya yang cukup kritikal saat itu, akhirnya doktor memutuskan untuk menggugurkan baby dalam kandungan saya demi menyelamatkan nyawa saya ketika itu. Namun.... kuasa & keajaiban Allah tiada siapa yang melawannya dimana saat-saat pguguran itu hampir dijalankan, satu tendangan dari dalam perut telah mengejutkan saya dari lena yang panjang. Dan sekaligus, menyelamatkan nyawa kami berdua. Ya... baby saya sgt kuat berjuang untuk menemui mama & papanya. Walaupun keadaan masih tak stabil selepas itu, tapi kerana tendangan baby saya telah menguatkan saya untuk turut sama berjuang dalam membawanya ke dunia walaupun dalam keadaan terlalu sukar ketika itu. Namun begitu..penguguran tetap akan dijalankan demi menyelamatkan nyawa saya kerana kata doktor, ada pilihan y harus saya lakukan sama ada gugur @ teruskan.. Jika teruskan ada 4 kemungkinan yang harus saya hadapi iaitu:-

1. Bayi Mati & saya selamat
2. Saya Mati & Bayi selamat
3. Kedua-duanya akan mati
4. Jika bayi hidup akan mengalami kecacatan kekal seperti tulang belakang bengkok kerana effect ubatan.

Namun... pilihan saya ialah untuk meneruskan kandungan itu. Walaupun, seluruh keluarga saya menghalang tindakan saya itu termasuk suami. Saya tahu... mereka semua sayangkan saya, tapi saya lebih sayangkan baby ini. Tak kira normal @ cacat dia ada hak utk meneruskan hidup didunia ini. Saya akn terus berjuang utk menyelamatkannya. Tak mungkin saya dapat melihat baby saya digugurkan ketika usia kandungan 6 bulan yang mungkin membawa trauma dalam kehidupan saya. Ternyata pilihan saya tepat & tuhan lebih mengetahuinya. Naluri keibuan tiada apa yang dapat  melawannya.


cahayahati mama... Mama hampir kehilnagannya. Asya juga harus kuat utk menghadapi penyakit y turut dideritainya. Mama akan terus di sisi asya.

 Alhamdulillah... perjuangan kami berjaya kerana akhirnya saya selamat melahirkan satu-satunya cahayamata yang mampu saya miliki kedunia walaupun dalam keadaan tak cukup bulan.Sewaktu melahirkannya, badan saya penuh dengan wayar2 & ubat-ubatan y dimasukkan melalui mesin. Hanya setelah 4 hari baru saya berpeluang melihatnya kerana saya berada dibawah penjagaan rapi & asya ditempatkan didalam inkubator. Kerana KEAJAIBAN ALLAH SWT, dia mampu bernafas hingga ke saat ini yang sudah mencecah usia 2 tahun 3 bulan. Dan asya juga normal tidak seperti ramalan doktor yang mengesahkan asya cacat dan sebagainya. Sekarang Asya lah kekuatan saya setiap kali saya jatuh sakit. Dan terkini, asya disahkan mengalami masalah paru-paru yang kronik & lelah, mungkin effect semasa asya berada dalam kandungan saya ketika koma dulu. Namun sebagai ibu, saya akan terus menjaganya dgn penuh kasih sayang walaupun dalam keadaan saya yang lemah ini. Namun, kehadirannya membawa erti yang sungguh bermakna dalam kehidupan kami suami isteri... Kini kami sama-sama menghargai setiap detik yang ada untuk kami bertiga.  Amin.



Setelah kehadiran anak dalam kehidupan. Saya berusaha untuk terus menjaga kesihatan. Namun siapa lah saya utk melawan segalanya. Hingga ke hari ini pun, episod kehidupan saya terus berulang alik ke hospital. Tahun lepas pun ada masuk icu & kerap masuk wad. Dan ketika itu, semua rakan2 blogger y melancarkan Tabung kutipan dana utk saya ketika itu, terima kasih diucapkan atas segala sokongan y berterusan dari semua rakan blogger.

adakah ini pengakhiran kehidupan saya???

Dan , ini berita terbaru y diperolehi hari Khamis baru2 ni ( 24.2.2011), kali ini saya menjadi terlalu lemah. Tiada lagi kekuatan dalam diri. Sudah hilang segala kekebalan yang ada. Hanya mampu memohon agar tuhan kuatkan hati, cekalkan hati untuk menerimanya dengan redha. Dan hari Isnin ni ( 28.2.2011)  saya akan dimasukkan di wad & hari itulah penentu segalanya . Semoga tuhan berikan aku ketabahan y luar biasa. Semoga saya terus diberikan kekuatan seperti sebelum2 ini :-(..YA ALLAH, BANTULAH HAMBAMU INI. Kisahnya: KLIK SINI

JOM JOIN:

4 comments:

fiqkbe said...

huhu.. touching nyer citer ni...

semoga akak dan keluarga agak sentiasa berada dlm keadaan sihat.. amin... :')

pieyaris said...

received it!!

thanks 4 joining...

semoga tabah menghadapi segala dugaan...

airis naufal said...

tahniah.. awk mmg layak menang.. semoga tabah meneruskan kehidupan..

amiey lee said...

semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dn akhirat tuk kamu..serius touching baca cerita kamu..tapi percayala ..setiap dugaan yang Allah bg..ada hikmah tersembunyi disebalik...

take care ye...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails