Jangan lupa KLIK BANNER HEART BEAT ni !

Thursday, 3 February 2011

The Most Memorable Moment Contest

Dateline : 6.2.2011

Peganjur:

 "Kami sama2 merasai penderitaan itu...
Sama2 merasai kesakitan itu dulu..
Kini..kami sama2 menikmati kebahagiaan itu..
Sama menghargai nikmat kasih sayang yang tercipta"

" Kenangan sewaktu mengandungkan satu-satunya anak saya pada tahun 2008 adalah detik yang paling tak dapat diupakan dalam seumur hidup & meninggalkan memori yang cukup mendalam dalam kehidupan saya & keluarga. Gambar diatas adalah sewaktu saya di ICU kerana koma mengandungkan satu-satunya cahayahati saya iaitu Nur Fasya Afrina Binti Mohd Fain. Pada saat itu, saya & baby dalam kandungan berada dalam keadaan kritikal akibat penyakit kronik yang saya hidapi. Pada ketika itu sememangnya tiada lagi harapan untuk saya & baby dimana ketika itu saya hidup hanya kerana bantuan mesin hayat (intubation). Dan akhirnya demi menyelamatkan nyawa saya yang cukup kritikal saat itu, akhirnya doktor memutuskan untuk menggugurkan baby dalam kandungan saya demi menyelamatkan nyawa saya ketika itu. Namun.... kuasa & keajaiban Allah tiada siapa yang melawannya dimana saat-saat pguguran itu hampir dijalankan, satu tendangan dari dalam perut telah mengejutkan saya dari lena yang panjang. Dan sekaligus, menyelamatkan nyawa kami berdua. Ya... baby saya sgt kuat berjuang untuk menemui mama & papanya. Walaupun keadaan masih tak stabil selepas itu, tapi kerana tendangan baby saya telah menguatkan saya untuk turut sama berjuang dalam membawanya ke dunia walaupun dalam keadaan terlalu sukar ketika itu. Namun begitu..penguguran tetap akan dijalankan demi menyelamatkan nyawa saya kerana kata doktor, ada pilihan y harus saya lakukan sama ada gugur @ teruskan.. Jika teruskan ada 4 kemungkinan yang harus saya hadapi iaitu:-

1. Bayi Mati & saya selamat
2. Saya Mati & Bayi selamat
3. Kedua-duanya akan mati
4. Jika bayi hidup akan mengalami kecacatan kekal seperti tulang belakang bengkok kerana effect ubatan.

Namun... pilihan saya ialah untuk meneruskan kandungan itu. Walaupun, seluruh keluarga saya menghalang tindakan saya itu termasuk suami. Saya tahu... mereka semua sayangkan saya, tapi saya lebih sayangkan baby ini. Tak kira normal @ cacat dia ada hak utk meneruskan hidup didunia ini. Saya akn terus berjuang utk menyelamatkannya. Tak mungkin saya dapat melihat baby saya digugurkan ketika usia kandungan 6 bulan yang mungkin membawa trauma dalam kehidupan saya. Ternyata pilihan saya tepat & tuhan lebih mengetahuinya. Naluri keibuan tiada apa yang dapat  melawannya.

 Alhamdulillah... perjuangan kami berjaya kerana akhirnya saya selamat melahirkan satu-satunya cahayamata yang mampu saya miliki kedunia walaupun dalam keadaan tak cukup bulan.Sewaktu melahirkannya, badan saya penuh dengan wayar2 & ubat-ubatan y dimasukkan melalui mesin. Hanya setelah 4 hari baru saya berpeluang melihatnya kerana saya berada dibawah penjagaan rapi & asya ditempatkan didalam inkubator. Kerana KEAJAIBAN ALLAH SWT, dia mampu bernafas hingga ke saat ini yang sudah mencecah usia 2 tahun 3 bulan. Dan asya juga normal tidak seperti ramalan doktor yang mengesahkan asya cacat dan sebagainya. Sekarang Asya lah kekuatan saya setiap kali saya jatuh sakit. Dan terkini, asya disahkan mengalami masalah paru-paru yang kronik & lelah, mungkin effect semasa asya berada dalam kandungan saya ketika koma dulu. Namun sebagai ibu, saya akan terus menjaganya dgn penuh kasih sayang walaupun dalam keadaan saya yang lemah ini. Namun, kehadirannya membawa erti yang sungguh bermakna dalam kehidupan kami suami isteri... Kini kami sama-sama menghargai setiap detik yang ada untuk kami bertiga.  Amin.

pic selingan ajer
inilah bayi ajaib kurniaan Allah SWT dalam kehidupan kami suami isteri.
MY ONLY ONE


Jom Join :


---> JEMPUT KE BOG PERSONAL : http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/

3 comments:

Areef Ibn Naim said...

salam,

tq sudi follow blog sy...

n tq sudi join contest ni...

sungguh agung kuasa-Mu Ya Allah, yang menentukan sesuatu atas kehendak-Mu...

salam ukhwah dan salam perkenalan dr saya...

Lia said...

sayunya baca. kuasa Allah s.w.t memang sesiapa pun tak dapat pertikaikan.. Syukur Alhamdulillah..

bun_nee said...

ALLAH maha agung. kekuasaannya tiada tolok bandingNYA..

sedih baca entry ni..
moga terus siat dan sihat.. muaahhh untuk asya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails