Jangan lupa KLIK BANNER HEART BEAT ni !

Saturday, 26 March 2011

Chocolate Give Away for sweet couple

DATELINE : 30.3.2011

PENGANJUR:


melakar memori di Pantai Chendor ' Feb 2011

" Kisah kami selalu ada kebetulannya... Pada tahun 2002, ketika itu saya mewakili sekolah utk pertandingan Kawat Kaki & muncul juara hingga mewakili Daerah. Sempena sambutan kemerdekaan pada tahun 2002, saya harus buat persembahan kawat kaki di Hotel Impiana & ketika itu si dia pula terlibat dgn acara Family Day tempat dia bekerja. Setelah, penat... saya & kawan2 lepak2 kat belakang sambil tgk acara sukaneka. Dan ketika itulah saya & kawan melihat si dia sedang main acara berlari dalam guni.. Selalu terjatuh, sampaikan saya suka terbahak-bahak.. Terhenti sampai situ... "

Pada tahun 2003, selepas selepas exam SPM, saya ambil kursus di PTPL Shah Alam sementara tunggu result keluar. Dan, xlama saya di situ, saya jatuh sakit teruk hingga saya lumpuh. Dan ketika itu saya brpisah dgn seseorg itu kerana keadaan saya ketika itu y mungkin x berguna. Setelah berbulan-bulan di hospital, saya cuba mencari kekuatan dalaman y saya sendiri xtau dimana. Tapi objektifnya hanya satu, ingin PULIH & KEMBALI NORMAL untuk memiliki semula hidup saya yang hilang. Lama kelamaan, saya mula boleh berjalan sedikit demi sedikit.

Hingga pada suatu malam, kawan sekolah saya ( lelaki ) ingin menziarahi saya. Dan tanpa diduga, si dia menemani sahabat saya . Dan terjadi lagi pertemuan y x disengajakan. Antara terkejut @ tidak, tapi apa y pasti si dia nampak pelik sangat. Nampak berdebar... bila ingat saat tu mmg kelakar. Gelas y dipegangnya terketar-ketar. Dan dia asyik tenggok saya. CERITA INI TIDAK TERHENTI DISINI.

Pada keesokannya saya terima panggilan dari seseorg y ingin mengenali saya dgn lebih dekat. Tapi saya x layan. Hingga pada suatu hari ada hp baru muncul dirumah saya. OMG.... dia tinggalkan hp dia kerana ingin bercakap dgn saya. Tapi saya x layan & pulangkan semula hp itu. Saya x bersedia utk membuka semula hati saya y terluka, lg pun saya bukan lagi sempurna ketika itu. Masih dikerusi roda.. Kalo berjalan pon sikit2 ajer. 

Rupanya dia sungguh keras kepala... terus berusaha... Ok... saya mula terimanya sebagai kawan. Lama kelamaan saya mula terhibur sbb dia selalu ada disaat saya perlukan seseorg. Namun hati saya masih biasa. Dia terus berusaha memiliki saya. Saya xtau apa y dilihatnya?? Saya x ada apa2 y special... saya lumpuh. Hinggalah pada tanggal 16.8.2003, sekali lagi dia lafazkannya. Dia ingin miliki hati saya. Saya xtau lagi... Akhirnya, saya setuju. Hanya sekadar memberi peluang. 

Dan, x lama selepas itu, saya jatuh sakit hingga lumpuh & x mampu bercakap. Lama terlantar di hospital. Dan dia masih setia disisi saya. Selalu berulang alik jauh semata-mata ingin menziarahi saya. Dan saya mula nampak keikhlasannya apabila, si dia membawa keluarganya berjumpa saya & meluahkan isi hati utk menjadikan saya isterinya agar dia boleh menjaga saya. Namun, saya terlalu muda ketika itu & saya menolaknya. Namun dia terus memberi sokongan sepanjang tempoh saya menerima rawatan. Dia menemani saya menangis, ketawa & saat kesakitan. Tiada siapa tahu, akhirnya saya mampu milik kehidupan saya semula. Saya mampu berjalan semula setelah bertahun . Dan, sebaik saja sihat saya mula menyambung pelajaran saya.

Perjalanan saya masih penuh liku, saya sakit lagi & lagi... Dan dia masih disisi saya. Tak pernah sekali tinggalkan saya. Walaupun penuh kesusahan, saya cuba habiskan pengajian saya. Hinggalah saya berada di sem 5, selepas saya keluar wad.. Dia dgn sepenuh hati bertemu keluarga saya utk jadikan saya isteri supaya lebih senang utk menjaga saya tanpa ada batasan. Dan setelah berfikir panjang, akhirnya saya setuju. Pada 16.32006 kami selamat ditunangkan & kami sah bergelar suami isteri pada 26.10.2006. Syukur alhamdulillah, disebalik kesakitan & dugaan mu ini, kau hadirkan seorg insan y ikhlas & menerima diri ini seadanya supaya hati ini sentiasa senang & tenang.

Pelbagai lagi ujian y menimpa hubungan kami. Antaranya, pada tahun 2008 saya koma utk tempoh y panjang ketika mengandungkan anak kami. Syukur alhamdilillah, benih cinta kami berjaya diselamatkan di atas kehendakNya. Dialah kekasih hati y diciptakan Allah utk menjadi tempatku berlindung & menerima kasih sayangnya. Terima kasih diatas kesabaranmu sepanjang mengenali diri ini. Dan kini sudah 8 tahun kita saling mengenali & cintanya , layanannya masih seperti dulu. Dan..... tiada lelaki lain y mungkin merelakan dirinya diabadikan utk wanita y sakit seperti ini melainkan dia MOHD FAIN BIN ARIFFIN. Terima kasih atas segalanya:-)


JOM JOIN:

2 comments:

Putri Malu said...

Ya Allah. saya x sangka crita macam nia ada realiti..ingatkan dalam drama je.. thankz akak join.. gud luck.. moga berkekalan. akak beruntung dapat suami spt beliau..:)

:: noremy bte rahmat :: said...

ya Allah...

tabahnya awak..

pa pe pun,saya doakan awak sihat selalu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails