Jangan lupa KLIK BANNER HEART BEAT ni !

Friday, 25 March 2011

Contest Entry Air Mata

DATELINE : 26.3.2011

PENGANJUR:

Setiap kali melihat wajah kecil anak sayang y tdur lena. Air mata ini selalu bergenang. Mengingati peristiwa lampau, peristiwa y terjadi setelah kehadirannya, peristiwa y terjadi kini & juga memikirkan apa y akan terjadi di masa hadapan. Memang tak terjangkau oleh pemikiran saya insan y begitu lemah ini. Mengimbau kembali satu detik y penuh keperitan namun membawa satu anugerah y tidak ternilai harganya.

Pada bulan Oktober 2006, saya selamat dinikahkan dengan lelaki y mencintai diri ini seadanya. Lelaki ini tahu segala kekurangan saya & tahap kemampuan saya. Saya sakit... pernah lumpuh , namun lelaki ini x pernah tinggalkan saya. Dan, dia juga tahu saya x boleh mengandung jika dia mengahwini saya kerana kandungan itu akan menjejaskan keadaan diri saya. Bermula dari saat kami sah bergelar suami isteri, kami berjanji akan hidup berdua selamanya. Saya masih begitu, selalu sakit & masa banyak dihabiskan dikatil hospital.

Setelah usia perkahwinan menjangka ke usia 2 tahun. Saya mula mengharapkan keajaiban. Saya ingin lakukan sesuatu supaya ada kenangan dari saya apabila saya dah tiada nanti. Dan, tanpa disangka pada tahun 2008, saya disahkan mengandung. Dan semestinya semua org disisi saya terkejut & mula bimbangkan diri saya. Doktor mula memeriksa saya dgn teliti setiap masa. Ketahuilah... hanya ini hadiah y terbaik utk suami saya jika saya tiada nanti. Semakin lama, diri saya semakin lemah & akhirnya saya tidak sedarkan diri.






 Bermula saat itu, saya & baby dalam kandungan terus terbaring koma utk satu tempoh y panjang. Saya xtau apa y berlaku ketika itu. Yang ada cuma pic ini, kenangan sewaktu saya mengandungkan cahaya hati saya. Hari demi hari, kesihatan saya makin merosot & kritikal sehingga doktor terpaksa membuat pilihan untuk mengugurkan baby saya ini. Yep... hanya itu pilihan y ada ketika itu demi menyelamatkan nyawa saya. Sepanjang tempoh itu, saya hidup hanyalah kerana bantuan alat pernafasan intubator. Jika tiub itu dibuang, maka tiadalah saya.

Dengan berat hati, akhirnya suami saya membuat pilihan untuk menyelamatkan nyawa saya. Saya tahu, suami saya semestinya terlalu berat hati utk membuat pilihan itu. Antara anak atau isteri. Setelah surat persetujuan ditandatangani, proses penguguran ingin dilakukan pada petang itu juga. Namun, disaat detik itu satu keajaiban daripada Allah Swt telah muncul. Ditiupkan roh ke dalam perut saya sehingga baby saya menendang perut saya dgn kuatnyer seakan memberi semangat pada mamanya supaya bangun utk melihat dunia realiti.

Itulah detik y x mampu dilupakan seumur hidup, saat kali pertama mendapat tendangan y kuat dari cahaya hati di dalam perut hingga mengejutkan saya dari lena y panjang. Ya Allah, betapa kuatnnya anakku ini untuk menemuiku. Walaupun saya masih kritikal & keadaan cukup lemah, saya terus cuba melawan & bertahan. Saya pertahankan agar baby saya diselamatkan & tidak digugurkan. Begitulah naluri seorang ibu. Setiap getaran rasanya, penuh dgn kebenaran.

Kata doktor jika saya tidak mengugurkan kandungan ini, mungkin:-
1. Salah seorang dari kami akan meninggal
2. Baby saya cacat
3. Tipis untuk keduanya selamat.

Dan... saya kuatkan hati agar terus pertahankannya. Walauapapun y berlaku selepas itu saya redha. Betapa susahnya mama & papa saat itu. Mama lumpuh kaki kanan sewaktu mengandungkan asya. Papa korbankan diri untuk menjaga mama. Setiap hari selalu terkejar-kejar. Sebelum pergi kerja, papa akan sediakan makanan utk mama & pukul 10 pagi papa akan balik rumah & memapah mama & asya dlm perut mama utk mandikan mama. Namun mama terus kuatkan diri, sebagaimana asya begitu tabah melalui kesakitan sepanjang berada di dlm perut mama. 

Mama begitu sedih memikirkan ttg asya saat itu, setiap kali dicucuk ubat, asya akan menggelupar dalam perut mama & mama turut terasa sakitnya bila asya begitu. Maafkan mama sayang.. Namun asya terus memberi kekuatan dalaman secara halus pada mama. Mama tahu, asya memang ingin menemui mama & papa sebab tu  asya keluar terlalu awal. Pada usia kandungan 7 bulan++ asya dilahirkan. Mama memang x dapat lupakan saat itu, seluruh adah mama dipenuhi wayar & mesin ubatan. Alhamdulillah, pada 3.11.2008 baby mama selamat dilahirkan. 

Ya Allah, mama rasa hilang segala penderitaan y mama lalui sebelum ini sebaik melihat asya. Mama namakan baby mama Nur Fasya Afrina yang bermaksud Cahaya Hatiku Putih Kemerahan. Tiada siapa dapat menandingi kekuasaan Allah.. Dan keajaiban itu selalu muncul dalam hidup kita. Terima kasih sayang diatas perjuangan mu. Mama tahu, asya sgt2 kuat.


Cahaya Hatiku kini berusia 2 tahun 3 bulan. Yang melengkapi hidup mama & papa. Untuk pengetahuan, asya juga dilahirkan normal tidak seperti y diramalkan iaitu tulang belakang bengkok. Syukur kepada-Mu atas anugerah & kurniaan mu ini.

Cuma kini, setelah kehadirannya saya selalu mengharapkan keajaiban utk diri saya agar sembuh dari penyakit saya supaya saya dpt mjadi mama y terbaik buat asya. Selepas bersalinkan asya, saya selalu kuar masuk hosp. Dan terkini, saya baru dalam 2 minggu keluar dari icu,juga x sedarkan diri & hidup dgn bantuan alat inkubator.Namun, syukur alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk melihat satu2nya anak y mampu saya miliki membesar. Namun, andai mama x sempat melihat asya membesar... ingatlah mama terlalu sayangkan asya. Mama harap asya maafkan mama kerana x dpt jadi mama y terbaik buat asya. Namun, segala memori asya bersama mama & papa ada mama coretkan di blog Cahaya Hatiku, sempena maksud nama asya..Semoga ianya dpt menghilangkan kerinduan asya pada mama. 

Buat kawan-kawan,jika dikurniakan kesihatan y baik, hargailah diri sendiri. Janganlah menyakiti diri sendiri. Dan jika diberi peluang utk menyemai enih y halal didalam rahim, hargai anugerah itu. Janganlah disia-siakan.Anak bukanlah anak patung, tapi anak merupakan satu anugerah & tanggungjawab y Esa untuk dipelihara:-) .Bukan semua org bernasib baik utk merasainya.

Tag:
nureen, zue annaleeya & eb


JOM JOIN:

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails