Jangan lupa KLIK BANNER HEART BEAT ni !

Friday, 8 April 2011

..Ragam Anakku Dalam Berpantang..

MELEKAT HINGGA
8.4.2011

DATELINE : 11.4.2011

PENGANJUR :

asya berusia 2 minggu ++
Selepas keluar wad

Sepanjang berpantangkan asya ada juga pelbagai cabaran yang harus saya tempuhi. 
Antaranya:-

Saya bersalinkan asya dalam keadaan berisiko kerana masalah kesihatan. Jadi sebaik sahaja dilahirkan, saya hanya sempat tgk sekejap saje asya. Selepas itu, asya ditempatkan di wad khas, begitu juga dengan saya. Hanya setelah beberapa hari, baru doc membenarkan saya & asya bersama dalam 1 wad. Permulaannya bermula pada malam pertama saya bersama asya.... Asya merupakan pengalaman pertama saya, jd byk perkara y saya x tau. Buatnyer, malam tu asya menangis tak henti, sampai saya tak tau nak buat apa. Saya nak BF x dpt sbb ubat utk penyakit saya akan memberi kesan pada asya. Hati saya mmg x keruan mlm tu. Tapi nasib baik nurse kat situ memahami keadaan saya waktu tu & dia ambil asya & bagi susu. Tapi asya tetap menangis. Tapi tak lama lepas tu, saya tgk muka asya cam merah sgt, mcm menahan sakit... Rupanya, asya sakit perut & dia mempunyai masalah sembelit. Tapi sebaik sahaja asya dapat ' membuang ', dia terus tidur lena.

Setelah keadaan makin pulih, saya dibenarkan pulang ke rumah. Pada minggu pertama & kedua semuanya berjalan lancar. Masuk minggu ke-3 asya start menangis semula. Sebabnya, asya x dapat 'membuang' sendiri. Hingga memaksa membawanya ke wad kecemasan. Memang sedih sgt tgk bayi sekecik tu terpaksa menahan kesakitan macam tu. Sebagai ibu, saya terlalu pilu. Lepas perut dia lega, dia akan tidur lena. Lain hal plok lps tu, bila asya asyik berjaga malam. Tapi x menangis, tapi dia nak kita teman dia. Bila terlelap skit, terus menangis. Macam tau2 jer kita tidur. Nasib baiklah, papanya rajin sgt teman asya setiap malam. Sampai pagi merah mata papa asya. 

Tapi... sebaik sahaja hampir melapasi tempoh berpantang, asya asyik menangis jer tiap2 malam. Sampaikan papa asya & mama saya turut sama berjaga malam. Buat macam2 cara, tapi tetap menangis. Akhirnya, bawak jumpa ustaz, lps tu ok sikit. Tapi still menangis... Dan last choice.... perkara y saya sgt2 nak elak terpaksa buat jugak.. Akhirnya, saya cuba dodoi asya dlm buai.. Tapi still menangis lagi, last2 beli ke pacificier. Memang dah tak tau nak buat camner. Lps papa asya eli je puting tu, bagi dia hisap... elok2 jer dia tido. Dan bermula saat itu hingga sekarang asyik tdo buai & berputing ajer.. Tapi puting dah lama x hisap, cuma buai time tdo siang hari je la. 

Dan asya masa dalam pantang, time tidur mesti nak kena bedung. Kalo tak memang dia tak akan tidur. Tapi yang lucunya bagi saya, asya berbedung hingga usia 9-10 bulan. Bagi saya, sepanjang berpantangkan asya, memang byk ujian yang harus saya tempuhi.. tapi saya x mampu nak bercerita secara menyeluruh disini. Ditambah lagi dgn keadaan kesihatan saya. Walauapapun, kini pengalaman itu menjadi kenangan yang begitu indah & beharga dalam kehidupan ini. Siapa sangka akhirnya saya dapat melahirkan bayi secomel ini..dan... siapa sangka saya dapat melalui saat berpantang. Sesungguhnya, kenangan itu memberi saya penuh keinsafan, mengingati saat mama saya berpantangkan saya:-)

TAG :
ZUE ANNALEEYA, EB, MAMALIEYNA


JOM JOIN:

4 comments:

Ghumaisha said...

ASKUM...suka join contest yer....nanti jemput ke blogi jugak yer...i akan buat xlama lagi...

eB ezrin said...

TQ yag eB... insyaallah... kalox der aral eB join yer :)

Nureen said...

gd luck lya..
kita tag org yg sama kan .. eb..
ehhehe..

chugie said...

ok, di terima..

sian nye anak wak, tp tu semua pengalaman yang mematangkan kita kan??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails