Jangan lupa KLIK BANNER HEART BEAT ni !

Thursday, 19 May 2011

2nd GIVEAWAY MAKBED'S JOURNAL

25.5.2011

sewaktu asya hampir digugurkan

" Kenangan sewaktu mengandungkan satu-satunya anak saya pada tahun 2008 adalah detik yang paling tak dapat diupakan dalam seumur hidup & meninggalkan memori yang cukup mendalam dalam kehidupan saya & keluarga. Gambar dibawah adalah sewaktu saya di ICU kerana koma mengandungkan satu-satunya cahayahati saya iaitu Nur Fasya Afrina Binti Mohd Fain. Pada saat itu, saya & baby dalam kandungan berada dalam keadaan kritikal akibat penyakit kronik yang saya hidapi. Pada ketika itu sememangnya tiada lagi harapan untuk saya & baby dimana ketika itu saya hidup hanya kerana bantuan mesin hayat (intubation). Dan akhirnya demi menyelamatkan nyawa saya yang cukup kritikal saat itu, akhirnya doktor memutuskan untuk menggugurkan baby dalam kandungan saya demi menyelamatkan nyawa saya ketika itu. Namun.... kuasa & keajaiban Allah tiada siapa yang melawannya dimana saat-saat pguguran itu hampir dijalankan, satu tendangan dari dalam perut telah mengejutkan saya dari lena yang panjang. Dan sekaligus, menyelamatkan nyawa kami berdua. Ya... baby saya sgt kuat berjuang untuk menemui mama & papanya. Walaupun keadaan masih tak stabil selepas itu, tapi kerana tendangan baby saya telah menguatkan saya untuk turut sama berjuang dalam membawanya ke dunia walaupun dalam keadaan terlalu sukar ketika itu. Namun begitu..penguguran tetap akan dijalankan demi menyelamatkan nyawa saya kerana kata doktor, ada pilihan y harus saya lakukan sama ada gugur @ teruskan.. Jika teruskan ada 4 kemungkinan yang harus saya hadapi iaitu:-

1. Bayi Mati & saya selamat
2. Saya Mati & Bayi selamat
3. Kedua-duanya akan mati
4. Jika bayi hidup akan mengalami kecacatan kekal seperti tulang belakang bengkok kerana effect ubatan.

kenangan ketika koma.. bersama saya saat ini, adalah ank kesayangan saya di dalam perut yang berusaha untuk meneruskan hidup, dalam keadaan mamanya begitu.

Namun... pilihan saya ialah untuk meneruskan kandungan itu. Walaupun, seluruh keluarga saya menghalang tindakan saya itu termasuk suami. Saya tahu... mereka semua sayangkan saya, tapi saya lebih sayangkan baby ini. Tak kira normal @ cacat dia ada hak utk meneruskan hidup didunia ini. Saya akn terus berjuang utk menyelamatkannya. Tak mungkin saya dapat melihat baby saya digugurkan ketika usia kandungan 6 bulan yang mungkin membawa trauma dalam kehidupan saya. Ternyata pilihan saya tepat & tuhan lebih mengetahuinya. Naluri keibuan tiada apa yang dapat  melawannya.

Sebaik sahaja dilahirkan dalam keadaan yang sungguh ajaib

 Alhamdulillah... perjuangan kami berjaya kerana akhirnya saya selamat melahirkan satu-satunya cahayamata yang mampu saya miliki kedunia walaupun dalam keadaan tak cukup bulan.Sewaktu melahirkannya, badan saya penuh dengan wayar2 & ubat-ubatan y dimasukkan melalui mesin. Hanya setelah 4 hari baru saya berpeluang melihatnya kerana saya berada dibawah penjagaan rapi & asya ditempatkan didalam inkubator. Kerana KEAJAIBAN ALLAH SWT, dia mampu bernafas hingga ke saat ini yang sudah mencecah usia 2 tahun 3 bulan. Dan asya juga normal tidak seperti ramalan doktor yang mengesahkan asya cacat dan sebagainya. Sekarang Asya lah kekuatan saya setiap kali saya jatuh sakit. Dan terkini, asya disahkan mengalami masalah paru-paru yang kronik & lelah, mungkin effect semasa asya berada dalam kandungan saya ketika koma dulu. Namun sebagai ibu, saya akan terus menjaganya dgn penuh kasih sayang walaupun dalam keadaan saya yang lemah ini. Namun, kehadirannya membawa erti yang sungguh bermakna dalam kehidupan kami suami isteri... Kini kami sama-sama menghargai setiap detik yang ada untuk kami bertiga.  Amin.

Sewaktu menyambut kelahirannya , memang ramai nurse yang jaga saya sepanjang koma tu datang ke labour room. Mereka semua x sangka akhirnya baby saya selamat dilahirkan. Itulah keajaiban Allah.. Hanya dia yang mengetahui. Tetapi jika, diberikan kesempatan, saya ingin kembali ke saat saya mengandung dulu. Ingin merasai, betapa indahnya mengandung secara normal.. Dapat merasa gerakan baby, dapat shopping barangan baby. Namun, saya x berpeluang merasainya..apatah lagi untuk memakai pakaian mengandung. Dan, bagi saya yang paling sedih, pada saat kelahirannya tiada apa persiapan pon dilakukan. Termasuk pakaiannya. Semuanya kerana, tumpuan diberikan pada saya y terlantar di hospital selama berbulan. Tiada kesempatan untuk suami saya tinggalkan saya dalam keadaan saya di hujung nyawa. Kini, saya tiada lagi kesempatan untuk mengandung. Tetapi masih berharap agar kesihatan saya pulih, agar saya dapat melalui lagi saat mengandung. Sekurangnya, untuk saya menikmati kehidupan yang tenang disisi suami & anak tersayang.

pic latest...
dia sangat suka berposing depan kamera.. Selalu buat mamanya terhibur :-)

Kesayangan saya & suami di dunia akhirat. Sememangnya, saya rasa seperti mimpi... kerana akhirnya bayi saya yang hampir digugurkan ini demi menyelamatkan nyawa saya akhirnya dapat membesar dengan sempurna. Syukur pada mu Ya Allah, kerana mempermudahkan aku disaat kelahirannya.Syukur, kerana disebalik kesakitan & penderitaan ku, kau kurniakan anak yang sgt comel, pandai mengambil hati mama & papanya serta selalu menghiburkan kami sepanjang masa. Ya Allah,, terima kasih atas anugerahmu ini.. Berilah peluang untukku menjaganya sehingga ke akhir hayat ku.

 "Kami sama2 merasai penderitaan itu...
Sama2 merasai kesakitan itu dulu..
Kini..kami sama2 menikmati kebahagiaan itu..
Sama menghargai nikmat kasih sayang yang tercipta"


JOM JOIN:

9 comments:

Makbed said...

subhanallah... besar kuasa Allah. dah besar anaknya. Comel betul.

awak dah takleh ngandung lagi? kenapa yang koma tu? leh citer sikit?

Alya said...

askum mak bed... terima kasih krn berminat nk mgetahui kisah kandungan saya tu.
panjang ceritanya kisah saya tu...

sbnarnya saya x blh mgandung, sbb saya ada pyakit... tp saya stop mkn ubt perancang senyap2... n akhirnya saya disahkan mengandung.

bila doc tau sy mgandung semua tkejut & risau... pada awl kndungan ok lagi.. tapi lama kelamaan saya makin lemah. saya ada masalah injap jantung blubag, transfers myeletis & pnah mjalani operate utk buang ketumbuhan dlm otak masa umur 15 thn.. jd effect dr semua tu memengaruhi kehidupan saya.

lama2... saya makin lemah.. & last x sedarkan diri & terus koma. kata suami, time tu saya & baby mmg xde harapan nk hidup lagi.. tp mungkin umur kami berdua panjang.. alhamdulillah... blh nikmati hidup hingga ke hari ini.

sy xleh mgandung sbb saya masih sakit hingga skrang.. bln 3 baru2 ni saya x sdr lagi & msuk icu+intubate. dan, risiko lbh tinggi kalo sy mgandung lagi.. sbnarnya, slps sy selamat melahirkan asya, sy mengandung lagi thn akhir thn 2009.. tp saya sakit lg & baby tu x dpt diselamatkan.. kalo hidup, sekarang dh umur 1 tahun ++.. xpelah... cukup la sorang ni j pnawar sy & suami.

Makbed said...

oo camtu ye. susahnya nak pregnant. insfnya baca. betapa org lain sanggup menggadai nyawa nak melihat darah daging sendiri lahir dengan slamatnya.

papepun, makbed ucapkan terima kasih sebab share citer camni. it must no be easy for you. tahniah utk awak suami isteri sebab sama-sama sanggup bersusah payah mengharungi dugaan mcm ni. it proves a lot of things.

Farzlyna Mustafar said...

salam...

menitik airmata baca entry ni.. semoga awak terus sihat untuk menjaga anak kecil itu..

dari makbed.com

IntaNBerliaN said...

Ya Allah.. Allah tu maha berkuasa.. alhamdulillah 2 2 selamat... anak awk pun comel.. moga awk sntiasa bahagia disamping anak & suami

aLeesYa's Mummy said...

salam kenal...
terharu ngan kisah perjuangan alya.
moga kamu dipanjangkan umur dan bahagia...

ariana's said...

Terharu akak baca.. Alhamdulillah, semuanya selamat dan moga Asya jadi anak solehah kebanggaaan anada berdua..memang anada seorang yang tabah..Tahniah!

Shehan Ismail said...

Subhannallah.. serius sedih bila baca. tp naluri ibu mmg btul.. syukur smua slmt. saya doakan moga akak sembuh & panjang umur..

iyan shazlind said...

comel asya...semoga dia jadi anak yg solehah yg akan bahagiakan hati mama&papa dia selalu..semoga mama asya & asya sihat selalu :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails